5 APLIKASI MENARIK UNTUK UBUNTU
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share beberapa aplikasi menarik dan lawak untuk Ubuntu ataupun Linux lain.
Aplikasi-aplikasi ni sebenarnya tak ada fungsi pun tetapi boleh membuatkan korang tersenyum lebar hahahhaha :P
1. Oneko
Aplikasi ni akan menampilkan seekor kucing berlari mengejar tikus ( pointer mouse) di desktop korang.Bila korang gerakkan mouse, kucing itu akan terus mengejar.
Cara nak install buka terminal dan tulis :
sudo apt-get install oneko
Lepas dah install, nak jalankan aplikasi ni buka terminal dan tulis :
oneko
nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.
2. Xpenguins
Aplikasi ni akan membuatkan banyak penguins "terjun" ke desktop korang.Ada yang selamat dan ada yang tak.Penguins yang terselamat akan buat beberapa aksi yang menarik seperti membaca buku,bermain skateboard, jalan-jalan dan lain-lain lagi.
Cara nak install buka terminal dan tulis :
sudo apt-get install xpenguins
Nak run aplikasi ni buka terminal dan tulis :
xpenguins
Nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.
3. Xsnow
Aplikasi ni akan menampilkan suasana Christmas di desktop.Lengkap dengan salji dan santa claus dan rusa-rusa.
Cara nak install buka terminal dan tulis :
sudo apt-get install xsnow
Nak jalankan aplikasi ni tulis dalam terminal :
xsnow
Nak hentikan tekan CTRL+C
4. Free The Fish
Merupakan Easter Egg dari Gnome desktop Ubuntu Anda.Aplikasi ni akan menampilkan seekor ikan emas berenang-renang di desktop.
Aplikasi ni korang tak perlu install.tetapi korang mestilah menggunakan Gnome desktop.Unity tak ada.
Cara nak aktifkan :
Tekan ALT+F2, dan tulis free the fish
Nak hentikan buka terminal dan tulis :
killall gnome-panel
4. Figlet
Aplikasi ni akan menampilkan tulisan dalam huruf-huruf besar seperti Ascii Art.
Cara nak install buka terminal dan tulis :
sudo apt-get install figlet
Cara nak guna buka terminal dan tulis :
figlet rehmoe
note : ganti rehmoe dengan apa2 yang korang nak!
5. Cowsay
Aplikasi ni sangat menarik kerana menampilkan seekor lembu yang berkata-kata dengan tulisan kita dalam bentuk ASCII.
Cara nak install tulis di terminal :
sudo apt-get install cowsay
Cara guna :
cowsay "AYAT KORANG"
Sumber : Rehmoe
Baiklah itu saja aplikasi menarik yang boleh korang install di ubuntu.Semoga berjaya haha
0 Komen:
Post a Comment