Friday 14 June 2013

5 APLIKASI MENARIK UNTUK UBUNTU

cowsays

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share beberapa aplikasi menarik dan lawak untuk Ubuntu ataupun Linux lain.
Aplikasi-aplikasi ni sebenarnya tak ada fungsi pun tetapi boleh membuatkan korang tersenyum lebar hahahhaha :P

1. Oneko


Aplikasi ni akan menampilkan seekor kucing berlari mengejar tikus ( pointer mouse) di desktop korang.Bila korang gerakkan mouse, kucing itu akan terus mengejar.

Cara nak install b
uka terminal dan tulis :

sudo apt-get install oneko  

Lepas dah install, nak jalankan aplikasi ni buka terminal dan tulis :

oneko

nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.


oneko


2. Xpenguins


Aplikasi ni akan membuatkan banyak penguins "terjun" ke desktop korang.Ada yang selamat dan ada yang tak.Penguins yang terselamat akan buat beberapa aksi yang menarik seperti membaca buku,bermain skateboard, jalan-jalan dan lain-lain lagi.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install xpenguins  

Nak run aplikasi ni buka terminal dan tulis :

xpenguins


Nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.


xpenguins

3. Xsnow


Aplikasi ni akan menampilkan suasana Christmas di desktop.Lengkap dengan salji dan santa claus dan rusa-rusa.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install xsnow 

Nak jalankan aplikasi ni tulis dalam terminal :

xsnow


Nak hentikan tekan CTRL+C 

xsnow


4. Free The Fish

Merupakan Easter Egg dari Gnome desktop Ubuntu Anda.Aplikasi ni akan menampilkan seekor ikan emas berenang-renang di desktop.
Aplikasi ni korang tak perlu install.tetapi korang mestilah menggunakan Gnome desktop.Unity tak ada.

Cara nak aktifkan : 


Tekan ALT+F2, dan tulis free the fish 

Nak hentikan buka terminal dan tulis :


killall gnome-panel 


freefish


4. Figlet

Aplikasi ni akan menampilkan tulisan dalam huruf-huruf besar seperti Ascii Art.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install figlet

Cara nak guna buka terminal dan tulis :

figlet rehmoe


note : ganti rehmoe dengan apa2 yang korang nak!


figlet


5. Cowsay


Aplikasi ni sangat menarik kerana menampilkan seekor lembu yang berkata-kata dengan tulisan kita dalam bentuk ASCII.

Cara nak install tulis di terminal :


sudo apt-get install cowsay

Cara guna :

cowsay "AYAT KORANG"


cowsay

Sumber : Rehmoe

Baiklah itu saja aplikasi menarik yang boleh korang install di ubuntu.Semoga berjaya haha

0 Komen:

Post a Comment