Saturday 8 June 2013

Sistem DOS dalam komputer

MS DOS (Microsoft Disk Operating System) merupakan satu sistem operasi yang di perkenalkan oleh Microsoft. DOS merupakan sistem operasi yang sering digunakan dan sesuai dengan PC platform sejak tahun 1980-an. Secara rasminya MS-DOS telah dikeluarkan pada tahun 1981 dan pelbagai versi telah dikeluarkan selepas itu sebelum Microsoft menghentikannya pada tahun 2000. Namun demikian, MS-DOS masih disertakan bersama dengan OS yang baru seperti Windows XP.
MS-DOS agak sukar digunakan berbanding sistem operasi berasaskan GUI (Graphic User Interface) kerana segala maklumat perlu ditulis dalam bentuk arahan (manual). Maksudnya, bila ingin mendapatkan maklumat di dalam komputer, anda perlu menaip beberapa arahan tertentu sebelum maklumat itu diperolehi. Antaramuka MS-DOS adalah seperti gambarajah di bawah.

Arahan MS-DOS terbahagi kepada “Arahan Dalaman” dan “Arahan Luaran“.
Internal Command (Arahan Dalaman)
Sebahagian kod arahan yang terdapat di dalam Internal Command :
• dir
• cls
• copy
• del / erase
• cd
• md
• rd
• ver
• prompt
• rename
External Command (Arahan Luaran)
Sebahagian kod arahan yang terdapat di dalam External Command :
• fdisk
• format
• diskcopy
• move
• label
• doskey
• edit
• deltree
• xcopy
• chkdsk
• attribe
• sys
Untuk memasuki tetingkap DOS adalah seperti berikut :
• Start – Run – taip Command – OK (utk windows 98 & ME)
• Start – Run – taip cmd – OK (utk windows XP)
Penggunaan MS-DOS pada masa sekarang tidak begitu dititikberatkan. Ini kerana segala arahan yang berkaitan lebih mudah dilakukan di dalam persekitaran GUI seperti Windows XP. Namun demikian, bagi mereka yang terlibat dengan perkara teknikal komputer, MS-DOS serba sedikit perlu di ketahui.

Perintah DOS 
Memahami perintah-perintah DOS adalah perlu bagi melicinkan lagi kerja-kerja pengoperasian sesebuah komputer kerana perintah DOS dibuat sebegitu rupa untuk memastikan komputer anda dapat beroperasi secara cekap dan sempurna. Perintah-perintah DOS ini sentiasa diperbaharui dari masa kesemasa bagi memastikan keberkesanannya selari dengan teknologi ciptaan komputer itu sendiri. 

DOS atau Disk Operating Sytem merupakan suatu alimen mustahak bagi setiap komputer bermula dari era komputer Double disk sehinggalah ke komputer Hard Disk. Ia bolehlah dianggap sebagai nyawa sesebuah komputer kerana tanpa suntikkan DOS sesebuah komputer tidak dapat berfungsi walaupun anda mempunyai banyak program-program aplikasi yang lain. Suntikkan DOS pada komputer double disk menjadi nadi kepada pengoperasian komputer tersebut dan bagi komputer Hard Disk system dosnya memang sudah tersedia di dalamnya. 

Walaubagaimanapun sebelum anda mempelajari arahan-arahan DOS pengetahuan asas tentang koponen utama sesebuah komputer di perlukan. Awang akan menulis seringkas mungkin mengenai pengenalan asas sesebuah komputer memandangkan kebanyakannya telah awang telah tulis dalan buku pertama awang iaitu asas-asas pengenalan sesebuah komputer keluaran tahun 1993. 

Artikel ini awang tuliskan khas bagi mreka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beberapa arahan DOS . Walaubagaimanapun awang hanya akan menyenaraikan atau menulis arahan-arahan DOS yang biasa dan kerap kita gunakan sahaja kerana adalah mustahil bagi awang menulis kesemua arahan DOS memandangkan awang menulis berdasarkan pengalaman dan penge tahuan awang . Namun begitu pada bab awal artikel ini awang senaraikan serba ringkas mengenai pengenalan sesebuah komputer sebelum awang menulis bab perintah-perintah DOS pada bab B dan sedikit panduan penyelengaraan sesebuah komputer diakhir bab tersebut. 


ARAHAN ASAS DOS 

Sebenarnya terdapat banyak arahan-arahan DOS dan sentiasa pula di perbaharui dari masa kesemasa . Memandangkan adalah mustahil awang dapat menyenaraikan kesemua arahan DOS dalam artikel yang s ebegini kecil awang telah membuat pilihan dengan menyenaraikan beberapa arahan DOS yang sering dan selalu di perlukan jika anda menggunakan komputer. Dan apa yang awang tuliskan dalam artikel ini ialah perintah-perintah DOS version 6.0 dan awang berkeyakinan arahan DOS ini juga akan di perbaharui lagi mengikut perkembangan teknologi komputer itiu sendiri. Walau bagaimanapun kebiasaaanya arahan asas DOS tidaklah banyak mengalami perubahan kerana selalunya ianya hanya mengalami proses pembaikan untuk memudahkanya lagi. 

PERINTAH-PERINTAH PENGENALAN DOS KOMPUTER 

PERINTAH VER 

Perintah Ver ialah untuk memberitahu anda apakan jenis DOS yang sedang atau komputer anda miliki Untuk melihat Version DOS yang digunakan anda cuma perlu menaip VER pada pehujug C..> 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> VER
Enter

PERINTAH TREE

Perintah TREE ialah suatu perintah dimana anda dapat melihat fail anda bersama derectori dan rot derektori dalam bentuk carta; 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> TREE
Enter

PERINTAH VOL

Untuk melihat Volume komputer anda

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> VOL
Enter

MEMERIKSA MEMORY

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> MEM
Enter

PENGOLAHAN FAIL/DIR 

Perintah asas untuk melihat fail ialah DIR , Namun begitu anda boleh memberi tambahan perintah dihujung DIR dengan menambah / untuk memberi arahan lanjutah pada perintah DIR anda seperti contoh jika anda ingin melihat fail secara melintang anda perlu menambah /w pada arahan DIR anda. Dibawah ini disenaraikan jeni perintah DIR dan perintah tambahan yang anda perlukan 

DIR : (1) untuk paparkan fail
(2) untuk mengetahui drive atau disket berfungsi

DIR/W : lihat secara menegak

DIR/P : lihat ikut skrin monitor/page

DIR/W/P : lihat secara menegak dan ikut page/skrin

DIR/AD : lihat fail dalam Attribute A,R,H,S

DIR/AH : lihat fail tersembunyi/hidder

DIR/? : help 1 bantuan

DIR/O : untuk sorted mengikut N = Name, E =Extasion ,G= Grop, S=Size,D=Data - prafix

DIR/S :

DIR/B : use bareformat

DIR/L : use lowercase


C>: DIR COM *.* = dir fail com sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DIR EXE *.* = dir fail exe sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DIR SYS *.* = dir fail sys sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DIR HTM *.* = dir fail htm sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DIR KOK????.??? = dir fail KOK dan yang menyamainya sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DIR ????????.HTM = dir fail yang akhirnya disudahi dengan HTM sahaja
= atau sebarang fail pilihan


ATTRIBUTE 

Perintah attrib (Arttribute) adalah bertujuan untuk membuat dan melindungi fail anda daripada di ubah atau dipadam secara tidak sengaja. Ini merupakan suatu perintah dimana fail anda dapat di kawal samaada hanya untuk dibaca disembunyikan atau di masukkan sistem. Anda boleh menjalankan perintah tersebut dengan dua cara membuat atau membuang. Anda boleh membuat perintah H(Hidden) R (Read Only) A (archive) dan S (system) dalam perintah arttibute anda.- 

i) Untuk memasukkan arahan attribute fail masukkan tanda (+)
ii) Untuk membuang arahan attribute fail masukkan tanda (- )

Contoh
Untuk membuat tambah (+)

Untuk perintah bacaan sahaja (read only)
ATTRIB, comfig.sys + R

Untuk perintah sembunyikan fail (Hidden)
ATTRIB, comfig.sys + H

Untuk perintah buat system fail
ATTRIB, comfig.sys + S

Untuk membuangnya pula tambah (-)

Untuk perintah membuang Hidden
ATTRIB, Confiq.sys-H

Untuk membuang perintah dibaca sahaja
ATTRIB, Confiq.sys-R

Untuk mem uang sistem
ATTRIB, Confiq.sys-S

Contoh fail yang akan di pamirkan setelah diberi arahan Attrib

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C : > ATTRIB

AR S XYZ = Fail ini untuk dibaca( Reading) dengan system sahaja
A XYZ
A H XYZ = Fail tersembunyi( Hidden) sahaja
A XYZ 
R XYZ = Fail untuk di baca (Reading) sahaja


Jika kandungan fail dalam attribute anda terlalu banyak bagi arahan MORE untuk paparan skrin ke skrin 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C > : ATTRIB | MORE

PENGURUSAN DERECTORY 

Dalam sistem komputer pengetahuan dalam membuat dan membena Derectory adalah sangat diperlukan bagi memastikan fail-fail anda dapat di simpan dan dikumpulkan dalam kelompok-kelompok yang anda perlukan agar ianya tidak memgganggu kelompok fail yang lain. Pengawalan fail kelompok ini adalah mustahak bagi memastikan fail yang anda simpan tidak mengganggu fail yang lain dan merosakkan fail tersebut. apalagi jika fail itu mempunyaai nama yang sama. 

MEMBINA DERECTORY 

MAKE DERECTORY 

Make derectory (MD) ialah arahan untuk anda membuat root derectory untuk sesebuah fail kelompok; Cara membuatnya ialah dengan menaip MD pada C:> dan pastikan root derectory anda tidak sama dengan root derectory yanfg sedia ada; taip begini (abc adalah nama derectory yang ingin anda buat) 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> MD abc
Enter
Anda boleh melihat samaada derectory sudah di buat dengan menaiap 

C:> CD abc
Enter

Paparan pada monitor begini
C:>abc/
Ini bermakna anda telah membina root derectory abc pada komputer anda.

MEMBUANG DERECTORY 

REMOVE DERECTORY 

Remove derectory ialah arahan untu anda membuang root derectoty yang telah anda bena. Sebagai contohnya sekiranya anda ingin membuang derectory abc yang telah anda bena ana cuma beplu pergi ke root derectoty fail anda dan taip rd untuk membuang derectory pilihan anda 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>CD/
Enter
C:>RD abc
Enter

Syarat syarat lain untuk remove deretory
(1) mesti tiada fail lagi dalam dir
(2) mesti berada 1 level diatas dir
Perhatian
Fail-fail DIR hanya boleh dibuang dengan Arahan Remove Directory
C : > RD
Namun begitu sebelum RD dibuat pastikan kesemua fail didalamnya 
sudah dipadam terlebih dahulu..

CHANGE DERECTORY 

Change DIR ialah suatu perentah arahan dimana anda ingin berpindah dari satu derectory kesatu derectory yang lain. Terdapat dua arahan Change Derectory iaitu; 

CD.. - Berpindah satu level sahaja
CD./ - Berpindah terus ke root directory

FORMAT 

Arahan format pada sistem DOS diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja format susuatu disket yang belum di format . Perintah format ini boleh dilaksanakan terus jika anda memberi arahan format dengan betul dan bersesuaian . Untuk format disket ikuti langkah dibwah 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Format A:
Enter

Anda bolehlah membuat tambahan-tambahan tertentu mengikut kehendak dan kesesuaian disket yang anda perlukan seperti dibawah; 

I) Format a:/s
ii) Format a:/f=720
iii) Format a:/f
iv) Format a:/4/s
v) Format a:/f:360/s

Ada juga boleh mempercepatkan arahan format anda dengan menambah q pada setiap arahan format anda Ikuti langkah dibawah. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
vi) Format a:/f/q/s
Enter 

SYSTEM 

Anda boleh membuat cereka SYS sendiri untuk disimpan di disket anda sekiranyanya cereka sistem pada cereka kekal anda rosak ikuti langkah dibawah; 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C > : sys a:
Enter

Sistem anda mesti mengikut version DOS anda pada setiap program yang ingin di boot di A Anda bolehlah menyalin kembali SYS ini sekiranya sistem didalam cereka anda rosak 

VERSION 

Perintah Version ialah perentah bagi anda mengetahui apakah Version DOS yang anda sedang gunakan 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>VER
Enter 


JENIS-JENIS PERINTAH DOS 6.2 

Perintah DOS sentiasa diperbaharui dari masa kesemasa mengikut peredaran masa, walaubagaimanapun ianya masih mengekalkah format perintah asalnya dengan ditambah serba sedikit perintah-perintah terbaharu bagi memudahkan perlaksanaanya atau menambah keberkesanannya. Mengikuti perkembangan perintah-perintah DOS adalah sangat mustahak kerana ianya terlalu cepat berubah yang memungkinkan anda akan ketinggalan jika cuma setia kepada sesuatu versi perintah DOS yang telah anda pelajari. Di bawah ini awang senaraikan beberapa perintah DOS 6.22 Version yang te maju pada ketika awang menulis artikel ini. Awang cuma menyenaraikan sebahagian sahaja daripada perintah DOS yang sering kita gunakan di ikuti oleh sedikit penjelasan kegunaanya. Semuga ianya dapat membantu anda InsyaAllah. 

DERECTORY 

Perintah Derectory sangat mustahak di ketahui kerana ia berkait rapat dengan perintah pengolahan fail penentuan kedudukan fail, pemberitahuan jumlah fail dan berbagai perkara mustahak yang anda perlu tahu mengenai fail anda. Ringkasnya seperti dibawah 

Perintah DIR bertujuan; 

a.. Perintah berkaitan pengolahan fail 
b. untuk melihat fail/melintang/menegak
c. Melihat fail kelompok

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> dir (distinasi drive)
Enter

Contoh: 
(Lihat dalam bab pengolahan Fail)

VERSION 


Perintah VER 
a. untuk melihat Version yang digunakan

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Ver 

Enter

CHANGE DERECTORY

Perintah CD
a. untuk Change/pindah dari satu directory ke directory yang lain

Perintah CD ada dua jenis
i.) CD\ Untuk pindah terus ke Root Derectory
ii )CD.. Untuk melangkah satu Derectory sahaja


Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> CD/
Enter Atau Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:>CD.. Enter 

MAKE DERECTORY 

Perintah MD a. untuk membuat Directory baru pada cereka kekal

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);

C:>MD (Taipkan nama derectory yang ingin dibuat)
Enter 

REMOVE DERECTORY 

Perintah RD
a. Untuk membuang derectory pada cereka kekal

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);

C:>RD (Taipkan nama derectory yang ingin dibuang)
Enter

COPY

Perintah COPY
a. menjalin fail ke fail
b. menyalin directory ke directory
c. Menyalin sesuatu program aplikasi

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Copy (nama fail yang ingin di salin) dan (distinasi fail)
Enter

Contoh 1
Jika ingin copy fail kesemua fail C: sekali gus ke drive A:
Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);

C:> Copy *.* dan taip( distinasi fail akan disalin)
Enter
C:>Copy *.* A: 
Enter

Contoh 2
Jika ingin copy fail kesemua fail A: sekali gus ke drive B:
Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);

C:> Copy A:*.* dan taip( distinasi fail akan disalin)
Enter
C:>Copy A:*.* B: 
Enter

Contoh 3
Jika ingin copy fail tertentu dari drive C: ke drive A:
Contoh fail TMP sahaja
Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);

C:> Copy *.* dan taip( distinasi fail akan disalin)
Enter
C:>Copy *.* A: 
Enter

Lain-lain arahan Copy

C>: Copy COM *.* = Copy fail com sahaja
= atau sebarang fail pilihan
C > : Copy EXE *.* = Copy fail exe sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : Copy SYS *.* = Copy fail sys sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : Copy HTM *.* = Copy fail htm sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : Copy KOK????.??? = Copy fail KOK dan yang menyamainya sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : Copy ????????.HTM = Copy fail yang akhirnya disudahi dengan HTM sahaja
= atau sebarang fail pilihan

DELETE

Perintah DEL a. Untuk memadam fail/fail kelompuk

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>Del (distinasi disket)(nama fail)
Enter

Contoh 1

C:>del A: abc

Untuk membuat arahan memadam semua fail taip pada (C prompt);
C:>Del (distinasi disket) *.* 
Enter

Contoh 2
C:>del A:*.*

Lain-lain arahan DEL
C>: DEL TOM *.* = del fail Tom sahaja
= atau sebarang fail pilihan
C > : DEL EXE *.* = del fail exe sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DEL SYS *.* = del fail sys sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DEL HTM *.* = del fail htm sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DEL KOK????.??? = del fail KOK dan yang menyamainya sahaja
= atau sebarang fail pilihan

C > : DEL ????????.HTM = del fail yang akhirnya disudahi dengan HTM sahaja

= atau sebarang fail pilihan

BACKUP

Perintah BACKUP 

Tujuan perintah BACKUP ialah untuk menbuat fail pendua untuk sesuatu aplikasi yang anda fikirkah perlu dan mustahak disimpan untuk digunakan kembali apabila fail asal didalam hard disk rosak atau musnah. Fail ini hanya boleh disalin kembali dengan menggunakan perintah RESTORE. 

Untuk membuat arahan taip Backup pada (C prompt);
C:> Backup (Nama fail) (distinasi disket) 
Enter

Contoh Jika anda ingin backup aplikasi PW22 ke disket A

C:> Backup PW 22 *.* A:

FORMAT

Perintah FORMAT

Perintah Format digunakan untuk anda Format Disket/Cakera liut anda bagi memastikan ianya dapat berfungsi. Format hanya digunakan jika sekiranya anda membeli disket yang belum di format. Perintah format pada disket yang telah mengandungi fail akan mengakibatkan kesemua fail anda akan hilang. AWAS jangan sekali-kali memberi arahan format pada drive C: (Hard Disk) 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Format (distinasi drive) /s
Enter 

Contoh untuk format disket A:

C:>Format A:
Enter

(Sila lihat dalam bab format ms 18)

UNFORMAT

Perintah UNFORMAT 

Perintah Unformat pula digunakan untuk membatalkan perintah atau proses format yang telah dijalankan dimana anda boleh memanggil kembali sebeberapa banyak fail yang telah terformat 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Unformat (distinasi drive)
Enter

Contoh anda ingin membatalkan perintah format pada disket A:

C:> Unformat A:
Enter

SYSTEM 

Perintah SYS

Untuk memastikan Sistem anda selamat anda bolehlah membuat cereka sistem baru untuk simpanan Anda bolehlah menyalin kembali Sistem ini kedalam cekera liat anda sekiranya terdapat kerosakkan kepada sistemnya. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Sys (distinasi Disket)
Enter

Contoh
C:> Sys A:
Enter

RESTORE

Perintah RESTORE

Perintah RESTORE digunakan hanya untuk menyalin kembali fail tertentu dari perintah BACKUP yang telah anda jalankan terlebih dahulu. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Restore (Drive) (Distinasi drive)
Enter

Contoh
C:> Restore A:*.* C:
Enter

UNDELETE

Perintah UNDELETE

Perintah UNDELETE dibina untuk tujuan mengembalikan semula kesemua fail yang terpadam oleh perintah DELETE Yang telah anda lakukan sebelumnya walaupun setelah anda mematikan komputer anda. Walaubagaimanapun perintah ini akan hanya dapat dimanafaatkan sekira anda mengingati kesemua pangkal huruf nama fail yang terlibat. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>Undelete (distinasi Drive)
Enter

Ikut arahan selanjutnya dari komputer anda

Contoh 

C:> Undelete A:
Enter

(Senarai nama fail yang terpadam akan di pamerkan anda hanya perlu memasukkan pangkal huruf setiap nama fail anda dan fail itu akan di panggil semula). Walaubagaimanapun keupayaan perintah undelete ini akan hanya dapat beroperasi selagi anda tidak mengunakan perintah aplikasi seperti NDD atau Defrag pada disket tersebut. 

CLEAR SCREEN 

Perintah CLS
Perintah CLS lebih merupakan kepada perintah membersih atau( clear screen)
monitor dari sebarang paparan nama fail atau sebagainya.

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Cls
Enter

DATE

Perintah DATE 

Perintah DATE adalah suatu perintah dimana anda dapat memasukkan membetul
(edit) tarikh yang terdapat dalam memory komputer anda.

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> date Enter Enter the new date (Th Month Day)

TIME 

Perintah TIME 

Seperti perintah Date perintah TIME pula berfungsi untuk anda memasukkan membetulkan (edit) masa/jam yang terdapat didalam memory komputer anda. 
Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Time
Enter

Enter the new time (Hr Min Scn)



MORE
Perintah | MORE 
Ada ketikanya anda tidak dapat melihat sesuatu paparan atau fail kerana inya terlalu panjang dan banyak dan tidak dapat masuk hanya kedalam satu skrin monitor anda. Perintah MORE menyediakan kemudahan dimana anda boleh membuat arahan paparan layar ke layar untuk mengatasi masalah tersebut. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> | More
Enter

(anda hanya perlu tekan Enter untuk melihat paparan seterusnya)

TYPE 

Perintah TYPE 

Bagi menjimatkan masa tampa perlu untuk memasuki sesuatu program aplikasi bagi melihat kandungan sesuatu fail anda hanya perlu memberi arahan TYPE kepada fail yang terlibat dan ada bolehlah terus mengetahui isi kandungan fail tersebut . 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>Type (nama fail)
Enter

Contoh

C:> Type abc
Enter
(Anda boleh melihat isi kandungan fail abc)

VOLEUM 

Perintah VOL 

Perintah VOL adalah bertujuan memberi maklumat kepada anda mengenai maklumat label dan nombor siri cakera liat dan liut anda. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Vol
Enter

MEMORY 

Perintah MEM

Perintah MEM pula berfungsi sebagai pemberi maklumat untuk anda mengetahui maklumat memory cekera liat anda. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Mem
Enter

ERASE 

Perintah ERASE 

Seperti perintah DELETE perintah ERASE adalah bertujuan untuk menghapus sesuatu fail terpilih

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>erase (Distinasi Drive)
Enter 

MOVE 

Perintah MOVE
Perintah MOVE berfungsi untuk memindah fail dari satu directory ke directory yang lain

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Move (Nama Derectory) (Derectory baru)
Enter

Contoh
C:>Move ABC XYX
Enter

MODE 

Perintah MODE 

Perintah MODE bertindak untuk mengubah konfiqurasi pada sistem komputer anda mengikut kehendak dan keperluan anda. 

APPEND 

Perintah APPEND 

Perintah APPEND membolehkan suatu program aplikasi menggunakan fail data di lokasi lain 

FIND 

Perintah FIND Perintah FIND bertujuan membantu anda untuk mencari aksara, kata atau teks pada satu atau lebih fail mengikut huruf (N,/C,/N,/I) 

RECOVER 

Perintah RECOVER Perintah RECOVER di gunakan untuk mengambil maklumat dari cakera liut anda yang telah rosak 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Recover (distinasi drive)
Enter

RESTORE 

Perintah RESTORE 

Perintah RESTORE hanya berfungsi untuk menyalin kembali fail dari perintah BACKUP sahaja 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> Restore (distinasi drive)
Enter

SORT 

Perintah SORT 

Perintah SORT memudahkan anda menyalin data input agar berturutan dengan kriteria yang ditentukan diperlukan. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> Sort
Enter

VERIFY 

Perintah VERIFY 

Perintah VERIFY adalah perintah untuk anda mengaktif atau membatalkan proses verifikan sistem 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> Verify
Enter

XCOPY 

Perintah XCOPY 

Perintah XCOPY membolehkan anda menyalin fail bersekali dengan directory nya sekali gus. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> xcopy (distinasi drive)
Enter

DELTREE 

Perintah DELTREE 

Perintah DELTREE pula membolehkan anda menghapuskan directory dan subdirectory termasuk fail-failnya sekali tampa perlu membuang fail dari dalam derectory tersebut terlebih dahulu. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> deltree (distinasi drive)
Enter

CHEKDISK 

Perintah CHKDSK
Perintah CHEKDSK membolehkan anda memeriksa maklumat dari cakera liat atau liut anda.

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> chkdsk (Distinasi disk)
Enter

DISKCOMP 

Perintah DISKCOMP Perintah DISKCOMP membolehkan anda membuat perbandingan isi dari dua cakera yang berlainan 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> diskcomp
Enter

DISKCOPY 

Perintah DISKCOPY
Perintah DISCOPY membolehkan anda menyalin semua fail-fail yang terkandung pada suatu cakera liut kepada liut yang lain.

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:> diskcopy (distinasi drive)
Enter

FDISK

Perintah FDISK 

Perintah FDISK digunakan untuk mengatur konfiqurasi cakera kekal (Hard Disk) termasuk membuat partition 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:>fdisk (distinasi drive) Enter

LABLE 

Perintah LABEL 

Perrintah LABEL di gunakan untuk anda memberi/mengubah/menghapus nama label atau nama volum pada sesuatu cakera 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> lable (distinasi Drive)
Enter

UNFORMAT 

Perintah UNFORMAT
Perintah UNFORMAT di bena untuk mengembalikan sebanyak mungkin data dicakera kerana kesilapan proses format atau terformat 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> Unformat (distinasi Drive) Enter 

EDIT 

Perintah EDIT 

Perintah EDIT digunakan ketika anda memerlukan kerja kerja penyesuaian sesuatu konfiqurasi,seperti jika anda ingin mengubah Autoexec.bat atau Confiq .sys pada sistem anda. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> edit (jenis konfigurasi)
Enter

CALL 

Perintah CALL 

Perintah CALL pula digunakan untuk memanggil program lain tanpa menghentikan perlaksanaan fail kelompok 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> Call
Enter

FOR 

Perintah FOR
Perintah FOR digunakan untuk perlaksanaan sepuluh fail dengan proses yang sama

GOTO 

Perintah GOTO 

Perintah GOTO di perlukan untuk memindahkan kawalan proses fail kelompok 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> goto
Enter

IF 

Perintah IF 

Perintah IF diperlukan untuk kawalan bersyarat pada proses fail kelompok 

PAUSE 

Perintah PAUSE
Perintah PAUSE bertujuan untuk menghentikan sementara proses fail kelompok

REM 

Perintah REM 

Perintah REM digunakan ketika memberi komentar pada fail kelompok 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); C:> rem
Enter

TREE 

Perintah TREE 

Perintah TREE diperlukan sekiranya anda ingin melihat atau mempamirkan diretory dengan rajahnya sekali. 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt); 

C:>Tree Enter 

MEMADAM DAN MENGEMBALIKAN FAIL YANG TELAH TERPADAM 

Jika sekiranya fail anda telah terpadam secara tidak sengaja DOS 6.22 telah menyediakan suatu perintah khas dimana anda dapat mengembalikan fail tersebut walaupun setelah anda menutup komputer anda dengan syarat 

1. Anda belum mengunakan aplikasi untuk membaiki Harddisk atau Disket anda seperti NDD atau Defrag
2. Anda mengingati huruf/angka awal fail anda yang terpadam

Perintah yang di maksudkan ialah perintah UNDELETE 

Taip perintah UNDELETE pada (C Prompt)

C:>: UNDELETE

Contoh. Fail Adik telah dipadam.

C:>DEL = ADIK

C:>UNDELETE

DIK - A -Undelete (Y/N)?

masukkan huruf pertama tekan Y untuk -Fail Adik = iaitu A 

File successfully undelated 

undelete tidak lagi boleh dilaksanakan jika anda telah menyalakan program NDD atau yang sepertinya. 

MENGOPTIMUMKAN KAPASITI CAKERA MEMORI DAN KELAJUAN SISTEM 

DBLSPACE 

untuk menambah atau melaksanakan ruang saiz cakera kekal (double) Contoh - dari 40MB ke 80 MB
- dari 80MB ke 160MB

PENDUAAN (BACKUP) 

Backup untuk DOS 
Taipkan - C:> MSBACKUP
|
(akan keluar menu)
|
pilih butang
"
start Backup

BACKUP untuk WINDOWS

masuk kedalam Windows
" "
dwiketik - Backup
|
ketik butang "Yes"
|
ketik butang "Start"
(akan keluar tetingkap Backup)
(Backup .Compare,Restore,Confiqure Quit)
|
Ketik :Backup"
Ketik "Backup From"
Ketik "Backup to"
Ketik "Select Files"
Ketik "OK" (masukkan cakera liut)
Ketik Star Backup


RESTORE 

Perintah untuk restore kembali fail Backup 

Restore dalam DOS 

C > : Restore (distinasi drive) (nama fail) (arah restore)
Enter

RESTORE dalam WINDOWS 

(Penyalinan kembali)
a. Untuk menyalin kembali fail yang rosak tetapi sudah di Backup.

Masuk dalam Windows

Ketik = Restore
Pilih = Backup set Catalog
|
Pilih - Restore From
|
Pilih Restore To

(Pilih samada ******
(Original Lacatiuns)
(Alternate Drive)

AUTOEXEC 

Anda boleh mengatur perlaksanaan fail atau arahan paparan pada layar computer dengan mengunakan perintah edit autoexec.bat 

Untuk membuat arahan taip pada (C prompt);
C:>Edit autoexec.bat
Enter

Apabila anda masuk sahaja kedalam Autoexec.bat anda bolehlah menyusun arahan komputer anda mengikut kehendak dan keutamaan anda. Dibawah awang perturunkan salah satu contoh arahan Autoexec.bat yang biasa digunakan. 
@ECHO OFF
PROMPT $p$g
PATH c:\WINDOWS; C:\DOS; C:\WP51;C:DBASE
SET TEMP = C:\DOS
CD\SPCMOUSE
SPCMOUSE
CD\
CD\DA51
MAIN
Anda bolehlah menukar sendiri program dalam AUTOEXEC.BAT untuk memastikan kehendak pilihan program anda dipenuhi. 

LAIN-LAIN ARAHAN AUTOEXEC.BAT 

PROMPT 

Perintah PROMPT 

a. mengubah tanda C prompt mengikut kehendak anda
b. Arahan dibuat dalam a 



Belajar Menggunakan Command Prompt – Bhg II
Salam sejahtera semua,semalam awang dah ceritakan serba sedikit mengenai penggunaan command prompt.Untuk mereka yang terlepas artikel bahagian pertama anda boleh membaca di sini.
Baiklah kali ni awang nak berkongsi lagi maklumat tambahan apa lagi yang boleh dilakukan menggunakan command prompt (sambungan):
3. Memeriksa network card (tempat di mana kabel internet/LAN di sambung) samada masih berfungsi atau sebaliknya.Caranya dengan menaip ping 127.0.0.1.Jika terdapat tindakbalas dari 127.0.0.1 iaitu Reply from 127.0.0.1: bytes=32 time<1ms TTL=128 atau seumpama dengannya bermaksud network card anda berfungsi dengan baik.

Memeriksa Network Card komputer 

4. Auto shutdown komputer anda.Jika anda ingin meninggalkan komputer untuk urusan lain tetapi komputer masih lagi berfungsi misalnya tengah download anda boleh set fungsi ni.Misalnya anda tengah download movie dan amik masa 30 minit,tapi anda mengantuk gila time tu nak tunggu siap.Taipkan saja shutdown -s -t “2400″ pastu Enter
maknanya : shutdown untuk shutdown komputer, -s untuk shutdown tanpa restart , -t “2400″ adalah masa yang di set dalam saat.2400 saat = 40 minit.Set la lebih sikit takpe.

Gambaran apabila anda menggunakan fungsi shutdown di atas.Satu pop-up akan terhasil.
5. Membuka applikasi Windows seperti Microsoft Word 
Pertama sekali anda perlu tahu directory di mana Microsoft Word di install.Selalunya Microsoft Word disimpan di Program Files.Caranya bukak directory program files anda menggunakan command prompt. Sila lihat langkah berikut:
Langkah 1 : Buka command prompt anda dan taip cd.. sehingga ke C:// iaitu partition asal Program Files dan Microsoft Word anda.

0 Komen:

Post a Comment